sksedc.zoom-a.com

    SEKOLAH KEBANGSAAN SEDC

        Jalan Mantis, 96000 Sibu, Sarawak.

         Tel : 084-210390, Faks : 084-210390

     e-mel : sksedc@yahoo.com

| LAMAN UTAMA | PENGENALAN | PANORAMA | SEJARAH | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | PAUTAN | KURSUS |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR SK SEDC
(ENCIK TAN KUANG WUI)


Salam Sejahtera dan salam perpaduan,

Terlebih dahulu dengan kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar sekolah ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Saya yakin laman web ini dapat dimanafaatkan dengan sepenuhnya oleh para pendidik dan murid-murid sekolah ini terutamanya dalam penambahan ilmu untuk kecemerlangan diri dan sekolah bagi memenuhi kehendak arus pendidikan negara masa kini serta misi dan visi sekolah


Selain daripada itu, saya pasti kemudahan yang ada ini akan menggalakkan para pendidik sekolah ini mempelbagaikan penyampaian ilmu kepada murid-murid, membuka minda mereka, memperluaskan lagi pengetahuan dan memperteguhkan jati diri dalam pelbagai bidang melalui laman web sebagai penghubung dengan dunia luar.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. 

Sudah pasti dengan kemudahan yang disediakan ini para pendidik akan lebih cemerlang dan gemilang dalam usaha mendidik murid menjadi modal insan yang terbilang.

Sekian.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: