sksedc.zoom-a.com

    SEKOLAH KEBANGSAAN SEDC

        Jalan Mantis, 96000 Sibu, Sarawak.

         Tel : 084-210390, Faks : 084-210390

     e-mel : sksedc@yahoo.com

| LAMAN UTAMA | PENGENALAN | PANORAMA | SEJARAH | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | PAUTAN | KURSUS |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan Pertadbiran Sekolah

Bangunan Makmal Komputer Sekolah

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan mempunyai tiga blok bangunan iaitu Blok A untuk pentadbiran, Blok B untuk Bilik Kelas dan Blok C untuk bilik bengkel, surau, bilik muzik, makmal sains dan bilik KK. Guru Besar yang pertama bertugas ialah En. Yek How Sing dengan jumlah guru seramai 8 orang.  Kini sekolah ini mempunyai guru seramai 35 orang staf akademik dan 4 orang staf sokongan termasuk guru besar dan  pembantu Prasekolah dengan enrolmen murid sebanyak 623 orang. Sekolah ini terletak di kawasan perumahan Jalan Mantis, Lanang. Kebanyakan pelajar datang dari kawasan kilang, perumahan dan juga dari Kem PGA, Sibu.

Makmal Komputer ini telah dibina pada tahun 2004 dan mula beroperasi pada tahun 2005 dengan jumlah komputer sebanyak 21 buah termasuk server bagi memudahkan perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran. Selain itu makmal ini juga berfungsi sebagai tempat bengkel atau kursus guru-guru yang dianjurkan oleh pihak PPG, Sibu.

Bangunan Kantin Sekolah

Flat Guru dan Kakitangan Sekolah

Kantin sekolah merupakan tempat yang paling penting disekolah ini, ia berfungsi sebagai tempat murid makan dan minum diwaktu rehat dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu seperti Majlis Kecermelangan Pelajar pada setiap akhir tahun.

Warga Flat SK SEDC terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah.Ia terletak di tepi padang sekolah dan mempunyai 6 buah bilik setinggi 3 tingkat.

Ramai murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, dan mewakili daerah dan negeri dalam bidang sukan
.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: